Nak masuk kerja ada adab, nak berhenti kerja pun kenalah ada adabnya juga. Mesti mau hantar 'surat cinta' kepada bos dahulu sebelum berhenti. Hee.
Kenapa Surat Perletakkan Jawatan ini penting ? Surat Perletakkan Jawatan penting untuk simpanan majikan. Surat ini mungkin akan jadi rujukan untuk bakal majikan yang menghubungi majikan lama kamu.
Oleh itu, apa juga sebab kamu berhenti kerja, JANGAN membuat sebarang kenyataan negatif mengenai bekas majikan, syarikat, polisi syarikat, jabatan lain atau rakan sekerja dalam surat letak jawatan. Surat perletakkan JawatanMESTILAH ditulis dengan gaya profesional dan membawa mesej yang positif.
Memberi notis 1 atau 2 bulan adalah protokol biasa apabila hendak berhenti kerja. Bagi yang bekerja kontrak atau masih dalam tempoh percubaan, notis mungkin lebih pendek. Semak dengan majikan berkenaan hal itu terlebih dahulu.
Faezah sapirin
D/A airon majinol
A-18-7 pangsapuri
bukit baru
Off jln hujung keramat
54000 kuala lumpur.
Harunarashid b.mohd nor
Pusat
jagaan warga emas husna arrashid
No
14b lorong kijang kampung klang gate baru
53300
kuala lumpur.
Tuan
PERLETAKAN JAWATAN
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Saya faezah binti sapirin bertugas sebagai Jururawat ingin
memaklumkan kepada pihak tuan tentang perletakan jawatan saya pada 1 june 2012.
Untuk makluman pihak puan, tujuan perletakan jawatan ini adalah
disebabkan saya tidak mampu untuk memikul tanggugjawab yang sedia ada.
Sehubungan dengan itu, saya berharap pihak puan dapat memberi kerjasama.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak
puan kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan kepercayaan kepada saya ketika
melaksanakan tugas.
Sekian terima kasih.
( )
Faezah binti sapirin
:
Harap contoh surat perletakkan jawatan ini akan membantu mereka yang memerlukan.simple tapi padat...hehe (^_____^)
No comments:
Post a Comment