memandangkan waktu besahur dah tak lama lagi dengan mata yang masih segar maka saya coretkan sedikit rasa sayang sesama makhluk ALLAH..inshaa allah ada manafaattnya..
terpaku dgn sebuah cerita menghayat hati..rasa tesentuh sekali..jom singga sejenak..
Kepada
jemaah haji yang akan menunaikan rukun Islam yang ke 5, mestilah
menjaga dan memelihara perbuatannya atau percakapannya sebelum dan
semasa berada di Tanah Suci Makkah. Berbagai kisah kita akan dengar dari
jemaah haji yang pulang dari Tanah Suci nanti akan membawa berbagai
kisah dan pengalaman mereka semasa berada di Makkah.
Kerana
ujian dan dugaan di Tanah Suci Makkah sangatlah besar dan ada pasangan
suami isteri yang bercerai kerana terlalu cemburu dan ada jemaah yang
sehat tubuh badan sebelum menunaikan haji tetapi apabila kembali ke
Tanah Air terpaksa menggunakan kerusi roda. Jadi baca kisah seorang
wanita Muslimah ini.
Kisah ini mengenai seorang wanita Muslimah Melayu berasal dari Perak yang menunaikan haji kira-kira enam tahun lalu.
Wanita
ini kerana sudah tua dan uzur, lutut pun lemah dan sentiasa sakit,
menggunakan kerusi roda semasa tawaf dan saie. Dia mengupah petugas Arab
menolaknya, tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik
antara Bukit Safa dan Marwah.
Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Yang sunat tak mampu kerana uzur. Lagi pun wangnya hanya cukup-cukup saja.
Namun,
ada satu amalan mulia dimiliki Muslimah ini. Yakni mencontohi sunnah
Nabi s.a.w., mengasihani dan menyayangi kucing di desanya.
Dia
amat suka memelihara kucing. Di rumahnya banyak kucing. Dia melayan
makan dan minum kucing. Dia pungut kucing yang dibuang orang, diberikan
makan dan minum, dirawat dan dimandikan dengan sabun wangi.
Walaupun
banyak kucing jalanan itu lemah, sakit, kurus kering atau lumpuh, tetap
diambilnya untuk dirawat di rumahnya. Ada yang berkudis dan sakit
serius. Pendeknya rumahnya menjadi pusat kucing kurap.
Maka
terkenallah rumahnya jadi pusat rawatan kucing. Mana-mana kucing yang
mati dikuburkan di kebunnya. Demikian begitu kasih Muslimah ini kepada
makhluk Allah yang lemah lembut itu.
Justeru, ada kucing-kucing peliharaannya manja, gemuk dan sihat, serta cantik-cantik belaka, berkat khidmatnya, yang ikhlas.
Tahun
itu beliau berangkat, menunaikan haji dengan menggunakan perkhidmatan
Tabung Haji. Gembira dan sayu nian kalbunya, kerana hajatnya untuk ke
Tanah Suci, solat di Masjidilharam dan melihat Baitullah di depan mata
sudah terkabul sudah.
Ingin
di hatinya untuk tawaf banyak-banyak seperti orang muda dan sihat.
Tetapi apakan daya, lututnya sakit manakala badan uzur. Setelah solat
fardu sentiasalah beliau memanjatkan doa dan pertolongan Allah, agar
hajatnya dimakbulkan.
Pada
suatu hari, semasa hendak pergi solat di Masjidilharam dengan keadaan
bertongkat, beliau terjumpa seekor kucing yang kurus, comot, lemah dan
lapar.
Apabila
kucing itu hendak bangun berjalan, ia jatuh berkali-kali. Kasihan nian
wanita tua itu melihat makhluk Allah itu menderita dan sengsara di kota
suci Makkah.
Lantas
diambilnya kucing itu, diurutnya tubuhnya yang lemah itu. Dibelikan
sebungkus nasi berlauk dan diberikan minum air zam-zam yang murni.
Dengan
takdir Allah, kucing itu pulih dan sihat. Kucing itu telah menggesel
kaki Muslimah tadi, lalu menjilat kedua-kedua tapak kakinya. Ajaib
sungguh, kaki dan lututnya yang sakit tadi, tiba-tiba menjadi sihat dan
kuat, seperti orang muda.
Muslimah
tua tadi dapat tawaf sebanyak-banyaknya, ikut suka hatinya. Tertunailah
hajat yang terbuku di hatinya selama ini, berkat menolong seekor kucing
di Makkah yang mulia itu..
Setelah
tawaf wida (selamat tinggal) dan menziarahi Masjid Nabawi, hajah yang
solihah tadi berserta rombongannya bersiaplah untuk pulang ke Malaysia.
Sewaktu
hendak menaiki tangga pesawat di Jeddah, Muslimah tua tadi terlopong
melihat seekor kucing yang mirip kucing yang ditolongnya sewaktu di
Makkah dulu.
Kucing
itu duduk di sisi tangga pesawat itu sambil matanya merenung sayu
padanya. Apabila Muslimah tadi sampai ke anak tangga teratas, kucing
tadi ghaiblah daripada pandangannya.
Demikianlah
ganjaran dan berkat orang yang mengasihi kucing, seperti Nabi kita
s.a.w. mengasihinya di dunia ini, lebih-lebih besarlah pahala
menunggunya di alam akhirat nanti.
Wasallam.
ini pula cerita tentang kucing kesayangan saya..tetiba tedetik hati nak pelihara kucing ..sebenarnya kat kampung kucing tu banyak,tapi memandangkan keadaan saya disini beseorangan ( kuala lumpur )..suami keja tak kira shift..biasa la polis kan..kena la paham keadaan dan tanggungjawab yang dipikul..
alhamdulillah berkat sabar,suami saya jumpa kucing kat berek..kucing terbiar..
busuk,comot,kutu mak aiiii banyak nya lah...
dgn keadaannya yang masih belum sesuai dgn tempat baru..
alternatif lain..
letak minyak cap air putih kat bulu-bulu dia tu biar basah satu badan pastu balut dengan kain dalam masa 30 minit..dahtu buat mandian dia ,pastikan air suam-suam k..
kerap buat maka hapus la kutu-kutu itu..
cheeeeeeee
kucing aku suka sgt mandi air suam..
leak je kat besen yang airnya suam konpem lentok sejenak..
tu yang aku sayang sangat kat kucing aku..
dahulu sebelum kucing saya nie manja
.malu-malu kucing gitu dia kerap tido kat rak kasut kami..teutama atas kasut bola suami.
motif???? den pon tak tau nohhh..ahahah..
tapi skg bila da biasa dengan kami..alhaiiii tersangat manjanya lah..
pepandai je naik atas katil pastu tido ala-ala big bos gitu...
tapi suami saya tak mara pon..dia lagi bagi ready cadar kecil tuk kucing saya tujuannya supaya kucing saya reti mana bahagian dia kata katil tu..hehehehe..cuma tuhan je mampu betapa comelnya dia tido dengan mainan peluknya.
ini pula waktu siangnya..
tido kat ruang tamu..
nak tahu satu ceta tak..
hehehehe..
selalunya bila encik suami balik keja,masa tido encik suami dengan kucing saya memang sama..
waktu tido dengan waktu bangun memang sama..
pelik kan..
bila suami tido,kucing saya pon tido..belagak lagi tu..bila dipanggil cuma sebelah mata buka dengan telinganya yang begerak..alahai geram sangat..
bila suami saya bangun ,kucing saya pon bangun juga..siap reaksi mengeliat badan pula dengan mulutnya yang menguap luas ...da puas tido la tu..
saya cuma mampu tesenyum melihat ragam manusia dengan ragam haiwan yang comel.
jangan copy paste gaya kucing ini..ubi kan sejuk..sementara nak gie buang kulit tak perasan pula dia da tetido.. |
to be CONTINUE........................................................stay tune..tq
No comments:
Post a Comment